Tuesday, August 18

aku manusia yang tak pernah bersyukur

          aku rasa aku lagi seronok hidup diluar dari di rumah. di rumah walaupun ada mak dan abah aku, tapi bagaikan tiada orang. aku cuba untuk berbuat baik dengan mak.aku rasa aku perlukan perhatian mak. apa yang perlu aku lakukan, mak aku tak bercakap sepatah pon. pabila aku bertanya, ya tidak tak tahu. 3 jaapan sahaja yang diberikan. aku sedih. bukan aku tak bersyukur, aku idamkan seorang ibu yang bagaikan sahabt baik anaknya, sering bertanya kemana anaknya pergi, apa yang anaknya buat, apakah perkembangan anaknya. aku impikan seorang ibu yang berbual dengan anaknya, dalam apa jua topik. sungguh, aku bersyukur kerna masih diberi peluang untuk berbakti pada ibuku. namun, setiap manusia tak pernah puas dengan apa yang dia ada, tak pernah hargai apa di depan matanya. pabila hilang kelak, baru tercari-cari, terkenang-kenang. akulah itu.

ya Allah, ampunilah dosa ibu bapaku, harmonikanlah rumah tangga mereka, kurniakan mereka syurga kerana mereka banyak berjasa kepada aku. berikan mereka ketenangan, kedamaian dalam seharian mereka. jadikanlah aku anak yang solehah. amiin....



No comments:

Post a Comment