Tuesday, April 3

hikayat earth hour


bismillahirrahmanirrahim...
tanggal 31 mac 2012, satu dunia dah sepakat nak tutup lampu dari pukul 8.30-9.30 mlm selama 1 jam demi menyelamatkan bumi yang semakin tua dan nazak ini... program ini dikenali sebagai earth hour yang telah mula dilancarkan pada 2007...


persoalannya disini..( chey...mcm karangan fakta la plak..).. adakah semua manusia dalam dunia ini mengambil tahu tentang hal ini?
hihi...

A: wei!! earth hour laa!! tutup lampu!! satu jam saja!!
B: woi! jgn laa!! aku nak buat homework ni!!jap g xsempat nak habis!! jgn!!
A: B, demi bumi yg nazak laa...tutup laa...sekejap ja.. sejam saja.. time ni laa jgak ang nak wat homework, hari lain tak kalut laa plak nak perabes...
B: alaa...kalau aku sorang ja tak tutup pon tak pe....tak da effect pon....taun depan laa buat...

haa..bygkan kalu semua org di muka bumi ni fikir apa yg B fikir..tak ke gagal program earth hour?
So, pengajaran yg dapat dismpulkan disini...( lg skali ayt fakta) :)
cuba igt kembali cerita sjarah, aku x igt sgt laa zaman nabi atau zaman sahabat..
semasa peperangan, raja telah meminta setiap rakyatnya mendermakan segelas susu untuk dijadikan bekal kepada pejuang semasa peperangan, raja 2 pon nak uji rakyatnya jujur atau tidak, time 2 pulak, susu kekurangan, so, tersebutlah kisah sebuah keluarga ni.. ingin berbohong dgn menuang air kosong ke dlm tempayan itu, " tiada siapa pon akan perasan jika kita saja yg menuangkan air sbgai gnti susu." kata ketua keluarga itu. last skali, raja 2 buka tudung tmpayan nak tgok ada x susu..namun, sebaliknya...tempayan itu penuh diisi oleh air kosong...
( kalau cite ni salah tolong perbetulkan eik)

nak cerita kat sini, situasi diatas sama laa dgn kes earth hour kita... so, kita jgn laa sesekali fikirkan sesuatu bbermula dgn 'kalau kita sorang saja'... sebab realitinya bukan kita sorang yg buat malah berjuta rakyat memikirkan hal yg sama..so? macam mana nak berjaya sesuatu benda yg dilakukan bila semua berfikiran begitu?

boleh disimpulkan juga, jgnla bersikap pentingkan diri..kan3?

Daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia mengasihi kebaikan untuk saudaranya sebagaimana ia mengasihi kebaikan untuk dirinya sendiri.”

(Al-Bukhari, Muslim, Abu ‘Uwanah, an-Nasai, at-Tirmidzi, ad-Darimi, Ibnu Majah, Ath-Thayalisi dan Ahmad)


nampak tak? hadis diatas dah jelas mengatakan bahawa tidak beriman kita kalau kita pentingkan diri! bahaya tu!!
lagi satu, orang yg pnting diri ni tak kan berjaya punya!! percaya la!

Apa kata kita tukarkan sikap kita yg pentingkan diri kepada sikap yg lebih baik dan mulia iaitu mengambil berat sesama manusia dan alam, mesti hidup lebih harmoni, makhluk lain juga selamat, bumi juga sihat.. btol tak? coretan aku kali ni just nak peringatkan diri yang daif ini, dan kepada anda yg membaca...smoga kita dapat ambil iktibar dari coretan kali ini... seala kecuaian dan kesilapan harap dapat diperbetulkan...hihi
waallahua'alam...

kat bawah ni video anwar hadi yg kot-kot laa ampa tak tgok lg kan... tajuk kisah,yang aku rasa ada kaitan dgn apa yang aku bebel ari ni...







No comments:

Post a Comment