Friday, January 18

uhibbukum

AKU SAYANG KAMU KERANA ALLAH
uhibbukum fillah...

ayat ni bukan laa ditujukan untuk sape-sape...(toksah dok pikiq pelik eh..hihi)
ayat diatas saya ikhlas tujukan untuk SAHABAT-SAHABAT saya di serata dunia (cheh! mcm laa ada kwn luaq negara!) sama ada di penang or di nilai!

lukisan macam budak darjah satu..hikhik
aku suka tengok persahabatan dalam watak novel hlovate-tunas..aku suka tengok persahabatan dalam watak sinergi-hilal ashraf..aku suka watak dalam drama shut up flower boy band-drama korea, and banyak lagi laa...tak terkata... persahabatan yang ikhlas yang dijalin tanpa sebab-sebab yang spesifik..persahabatan yang dijalin atas dasar aku dan kau sama-sama manusia.. atas dasar keimanan...

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”
(Hadis riwayat Muslim)

selama aku berkawan denan korang sume..aku sempat merasai segala yang dikatakan kemanisan dalam persahabatan...always care about me..always be with me.. always loves me for the way i am!

sahabat yang baik adalah sahabat yang berani menegur sahabatnya apabila sahabatnya itu melakukan kesalahan...
 dan aku memiliki sahabat yang begitu.. syukur ALHAMDULILLAh...
tanpa sahabat yang macam korang, tak mungkin aku akan jadi seperti sekarang...
dan untuk itu terima kasih sahabat!

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

pililah sahabat anda dengan bijak kerana sahabat itulah yang menunjukkan siapa diri anda... pengaruhlah sahabat anda dengan kebaikan dan keimanan dan janganlah lupa atau sisihkan mereka jika mereka kekurangan.. dampingi mereka dan sayangi mereka!


P/s: sahabat yang baik adalah sahabat yang akan menarik anda apabila anda jatuh... setelah puas menggelakkan anda! (hehe..aku mcm 2 laa kot kan?)

credited to : sahabat-sahabat di matrik, uiA, usIM,smka (P) almashooR, SMK sEri bp, Jordan,Uitm, dan dimana saja anda berada...


No comments:

Post a Comment