skema bebenor ayat aku...aku pon xtaw awat aku dah berayat-ayat skema...bahasa baku betoi skang...sejak aku mempromosikan page tudung aKEL SArah online aku ni..hewhew...ok! dikesempatan ni...nk jugak laa promote page tudung akel online aku!
ok! dah! cukup sudaa bahagian promotion! sila kembali pada topik utamA! skema lagi
Hari ni, 20 februari 2013, buat pertama kalinya aku sebagai seorang pelajar TAMHIDI perakaunan dan muamalat di USIM telah menjejakkan kaki ke BANK NEGARA MALAYSIA atas tujuan lawatan sambil belajar...
pegawai kat situ bagi sikit ceramah pendek time kami melawat bank negara tu...
banyak gak information yang penting-penting yang aku rasa patot aku share dengan ampa semua..
antaranya:
1-nanti, time dah kerja..sebaik-baiknya kita cek kita punya CCRIS report at least setahun sekali untuk cek kita punya credit or hutang kalau dalam bahasa melayu... apa itu CCRIS? central credit reporting information system... system atau report ni memberitahu kita tentang senarai hutang yang kita buat dengan bank-bank di seluruh malaysia. adalah baik ya jika kita cek sebab takot2 jadik kes mcm org guna nama dan identiti kita untuk pinjam duit kt bank and kita di black listkan... :)
2- hat yang ni aku rasa paling penting untuk kita sebagai warga penganut agama ISLAM perlu tahu! sebaik-baiknya, kita sebagai umat islam nih menabung di islamic banking sebab islamic banking is based on law and syariah in muamalat!..no ribaa and interest... persoalannya kat sini... bayangkan kalau suatu hari nanti, ang dok lam KTM nak g mid VELLey, ada laa sorang pakcik india (ang nak byg pakcik cina,bangla,jepun,korea,mat saleh pon boleh,, ikot kreativiti sniri) dia tanya ang, apa perbezaan islamic banking dengan conventional banking?
maw tenganga ang nak jawab! haha...
nih jawaban dia... xperlu kita nak kasi maksud dari segi istilah or bahasa sebab non muslim ni bukannya pahe pong gapo kito nak cakap.. so, kite kasi jaa contoh...(aku ikot jawapan pegawai bank 2 ckp jew)
CONVENTIONAL BANKING - ang nak beli basikal RM100, tapi duit xdak, so ang g kat bank cakap ke dia kata ang xcukop duit nak beli basikal, so dia ckp ade aku kesah? hehe.. xde laa... bank tu akan pinjamkan ang RM100 untuk ang beli basikal yang ang nak tu, tp dia caj kt ang interset, bunga RM20 hengget... (haram sbb unsur riba)
ISLAMIC BANKING - kita nak beli bisikal harga RM100, tapi xcukup duit, so, kita gi kat bank ngadu xcukup duit nak beli basikal. so, bank akan tolong belikan basikal yang ang minat tu RM100, and jual balik kat ang RM120 yang dipersetujuioleh ang... no unsur-unsur ribaa or bunga or interest.
nampak x kat sini? harga yang sama konsep yang berbeza...ALLAH larang berriba-ribaan, tapi ALLAH halalkan jualbeli (MUAMALAT) dalam kehidupan... isn't islam is unique and beautiful?
say SUBHANALLAH
then, tammat ceramah kontot, kami gi laa geleri sasana kijang dekat-dekat situ...galeri pasai sejarah kewangan kat MAlaysia, sejarah duit... byk laa...galeri kesenian lukisan pon ada...
| ni dia mandat BANK NEGARA MALAYSIA |
| yang ni sukuk emas...benda pe pong aku xtaw :) sejarah duit yang pasti |
![]() |
| lukisan berbakat yg ketiga... tambah sorang lg rakyat yang berjubah itam, bertudung merun :O |
![]() |
| batik...sidai batik kt kilang batik.. MAYBE |


No comments:
Post a Comment