aku hilang lagi
lenyap ditelan rasa hati
hati yang kembali
dengan rasa yang ingin aku lari
rasa yang meninggi
yang tak mampu aku hapusi
malam ini
aku hilang lagi
nama itu juga menyembunyikan diri ini
dari realiti
realiti yang sukar aku hadapi
malam ini
aku hilang lagi
aku ingin pemilik nama yang aku rindui
mengetahui kebenaran hati ini
memahami kehendak hati ini
agar angan yang mustahil menjadi realiti
malam ini
maafkan hati ini
kerana tak mampu mengadili
antara yang angan atau yang realiti
#hatitakrelakandiapergiboboi
No comments:
Post a Comment