apakah definisi sukses dalam hidup anda?
belakangan ni.. aku dihantui dengan soalan racun yang telah menjatuhkan aku (tak taw laa jatuh betoi ke tak lagi)aku kena interview, and dia tanya aku soalan cipumas ni... time tu, hanya tuhan saja yang taw perasaan aku.. ketaq superb tahap tak boleh nak buat ape dah.. aku pon tak paham dengan diri aku ni... so, aku diketogorikan gagal untuk menjawab soalan tu oleh diri aku sendiri. (sebab aku taw aku bole buat better than that day)
bila dikorek-korek balik segala lubang di otak, hati dan perasaan aku, apakah definisi sukses dalam diri aku? apa maksud sukses dalam diri aku sebenarnya??
bagi aku,
success is happiness.
tu saja.
aku success jika aku berjaya buat diri aku gembira.
full stop.. (kenapa laa aku tak tepikiq time diorang tanya ari tu?)
tak kira laa dari sekecil-kecil perkara seperti gembira kerana dapat lolipop sehingga sebesar-besar perkara seperti cemerlang dalam examination aku. yang pasti aku telah berjaya menggembirakan diri aku. entertain myself is the biggest gift form me to myself.
kita ni sebagai manusia, mesti tahu apa tujuan hidup kita. bukan hanya jadi lalang yang hanya tahu menari apabila angin menyuruhnya menari.
kita ada hak untuk tentukan hidup kita. jadi gunakan hak itu sebaik mungkin. rancang perjalanan hidup anda, karang tujuan hidup anda agar anda tahu dimana posisi anda pada ketika ini.
dan.
jangan pulak kita lupa pada Dia yang menganugerahkan kita setiap seorang nyawa dan nikmat di muka bumi ini. ingat apa pun rancangan hidup kita, perlulah dirujuk kembali pada peraturan dan ajaran-Nya. Dia lah maha berkuasa dan Dia lah maha melihat setiap apa yang kita lakukan. subhanallah...
![]() |
plan a tak jadi? buat laa plan baru, ada b sampai z lagi.. guna banyak mana pon untuk plan hidup kau (sanghaziq) |
No comments:
Post a Comment