tapi, bagi aku...
dulu, aku bangga dengan diri aku sendiri. kerana aku dapat menyusun rancangan perjalanan hidup aku dengan jayanya. dan aku bole ikot life plan aku tu dengan jayanya. sampai saat ini... belakangan ni, aku buntu! aku seolah-olah hilang punca! aku persis seekor kucing yang kehilangan misainya untuk mencari jalan pulang yang asal...
aku risau.. aku takut.. jambatan yang telah aku bina dulu seolah-olah telah musnah ditengahnya.
dimana aku sekarang? apa yang aku nak sebenarnya? siapa aku sebenarnya? bagaimana aku nak teruskan jalan yang dah buntu ni?
aku taknak jadi manusia yang tak taw apa yang dia nak dalam hidup dia.. hidupnya mengikut angin, datangnya monsun timur, dia berlindung di kedah, datangnya monsun barat dia berlindung di kelantan.. tiada visi dan misi hidup sendiri..
mungkin sekarang musim cuti bagi aku, musim yang mana aku lempar jauh-jauh siapa diri aku sebenarnya sehingga aku xjumpa kembali siapa aku dahulu. musim yang mana aku menjadi orang lain, bukan sarah azahar yang betul-betul.
maka, kerana itu.
aku perlukan seorang untuk bantu aku mencari kembali diri aku yang hilang. mencari siapa SARAH AZAHAR kembali...
No comments:
Post a Comment