Tuesday, May 1

monyet& buah merah

bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh! Eik??? jawab dulu laa... hihi

ok..hari ni aku nak becerita  sikit tentang kisah yang dulu masa kecil, abah kesayangan aku clalu cerita time dia sembang-sembang ngan aku dan adek2.... hihi.. tajok ceritanya.. <monyet dan buah merah> aku reka seniri tajok 2 sbb xtahu laa tjok sebenarnya ape! hihi

kisahnya bermula begini....
pada suatu hari yag panas terik, sang monyet sedang bergayut-gayut dari poko ke pokok.. oleh kerana cuaca yang amat panas, dia menjadi kehausan, lalu dia pon bergayut-gayut untuk mencari makan bagi menghilangkan dahaga. setelah hampir separoh hutan dia merayau, ( bohong laa, toko tambah semata-mAta ) akhirnya dia ternampak serumpun pokok yang tumbuh renai. pada pokok-pokok itu terdapat buah berwarna merah yang bersinar bagai mutiara menyatakan betapa segarnya buah itu.
ni buahnya...monyet mana taw..dia kan xdak otak!
tanpa berfikir panjang, sang monyet pon berlari ke arah buah merah itu lalu meragutnya dan melahap serta merta untuk menghilangkan dahaga. namun, setelah digigitnya buah itu, betapa merahnya muka sang monyet kerana telah makan buah cili yang super pedas itu.. berkepol-kepol asap keluar dari kedua-dua cuping telinganya...

lalu tanpa membuang masa. dia berlari ke sungai yang berhampiran untuk meneguk air sungai bagi manghilangkan rasa pedas. sang monyet mengneguk sepuas-puasnya air sungai itu untuk menhilangkan pedas dimulutnya. tanpa disedarinya, sang buaya yang sedang kelaparan telah memerhati sang monyet dari jauh... tanpa berlengah, sang buaya teros menangkap monyet lalu mengigit kaki monyet yang malang itu, alangkah terkezutnya monyet apabila kakinya digigit oleh sang buaya!

"sang buaya! jgn laa kamu memakan aku! aku sangat kurus!" rayu monyet untuk melepaskan dirinya.
"oh tidak! aku telah seminggu tidak makan apa-apa, aku takkan melepaskan kau wahai monyet!" kata sang buaya.
" buaya! aku janji aku akan bagi kau makanan yang lebih enak dan gemuk dari aku sekiranya engkau melepaskan aku! " cuba monyet lagi.
" baiklah... skarang kau berikan dulu makanan itu, baru ku lepaskan kaki kau ini! " arah sang buaya.

tanpa melengahkan masa, monyet segera menyambar batang kayu yang berada berhampirannya lalu dicampak kedalam sungai. melihat kayu besar itu tenggelam ke dalam sungai, sang buaya teros melepaskan kaki monyet lalu membaham kayu itu! sekelpi mata semua gigi buaya patah akibat mengigit kayu yang keras itu. buya menagis kesakitan kerana kehilangan giginya serta telah ditipu bulat-bulat oleh monyet.

monyet berasa gembira lalu berlari-lari keriangan kerana berjaya memperdaya sang buaya dari memakannya... 
the end!!

haha..best x?
moral of da story : jgn suka suki ja redah sesuatu benda sebelom kita mengesahkannya dulu.
                             jgn senang mempercayai orang lain yang kita tidak kenal! 
                             mesti pandai gunakan akal yang dikurnakan oleh Allah!

yang 2 saja...sekian... wallahualam....^^




No comments:

Post a Comment