Saturday, May 5

pantun 4 kErat

bismillahirrahmanirrahim....
kali ni aku nak share sikit pantun yang aku karang dikala bosan duduk kat umah..hoho...  di kesempatan ini aku nak ajak korang sume sama-sama memartabatkan puisi-puisi melayu kita agar tak hilang ditelan zaman... kan3? ni laa penangan belajar bahasa melayu.. hihi...
ni pantunnya!! enjoy!

ubi keledek direbus dua,
untuk dimakan bersama gula,
indahnya puisi melayu kita,
diguna untuk menasihati anak muda.

adik bermain ditepi titi,
titi kayu reput  hampir patah,
apabila berjanji harus ditepati,
agar melayu tidak dipandang rendah.

pergi sekolah menaiki bas,
tunggu bas dipinggir kuala,
usahalah adik jangan malas,
setiap kejayaan bermula daripada usaha.

baju kebaya hijau pandan,
cantik dipakai bersama tiara,
menunggu itu satu penyeksaan,
sabar itu adalah mutiara.

nasi dimakan bersama kari,
kari dimasak oleh mak odah,
jangan hidup pentingkan diri,
nanti meneysal tak kesudah.

hihi,, setakat ni saja pantun aku... okey x? ada bakat tak nak jadi A. Samad Said? hihi....
amaik peringatan taw disamping enjoy baca pantun aku tu..hihi...

waallahualam....



2 comments: