Wednesday, May 16

tiga golongan umat akhir zaman

rasulullah  saw bersabda: " pada akhir zaman umatku berpecah kepada 3 golongan. satu golongan menyembah Allah dengan ikhlas, satu golongan menyembah Allah dengan riya' dan satu golongan menyembah allah dengan tujuan mencari makan dari manusia. Allah mengumpulkan mereka di hari kiamat. Allah bertanya kepada orang yang hanya mencari makan, " apakah tujuanmu beribadat kepada aku?" makan dia menjawab," dengan ketinggian dan kemulianMu aku beribadat dengan tujuan mencari makan dari manusia" Allah berfirman " tiada memberi manfaat apa yang telah dikumpulkan." maka dia lalu dimasukkan ke neraka. Allah bertanya kepada orang yang beribata dengan riya'," apakah tujuan mu beribadat kepadaku?" maka dia menjawab," dengan ketinggian dan kemuliaanmu, aku beribadat kerana riya'. maka Allah berfirman, " tiada satu pon sampai kepada ku! " maka dia pon dicampakkan ke dalam neraka. Allah bertanya pula kepada orang yang beribadat dengan ikhlas. dia menjawab, " dengan ketinggian dan kemuliaanmu, engkau lebih tahu apa yang aku kehendaki. aku mengkehendaki zikir kepadaMu dan mengharapkan redhaMu." Allah berfirman ," benarlah hambaku." dia pon dihantar ke syurga. (HR. Thabrani )

1 comment: