Saturday, July 21

mulianya IA~



assalamualaikum! wassup!! haha...sempena ari first posa ni kan,aku terpikiq macam2 laa... n skang aku nak share ape yang aku pikiq...

bula ramadan- bulan yang sangat sangat sangat mulia...






Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanah untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
nmpak x? betapa mulianya Ramadan sampai syurga dibuka ntok kita, neraka ditutup ntok kita?

byk kelebihan yang ada dalam bulan ni..mcm yang hampa taw,
1. terawih( satu2nya solat yang xdak kt bulan lain,khas special for ramadan only!)
2. Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
3. adanya malam lailatul qadar! malam mulia!
-Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
4. malam turun nya ALquran (anugerah untuk umat islam!)


apa lagi yang ampa tunggu? byk sangat barakahnya ramadan, xkan ampa nak lepaskan mcm 2 ja? tanpa melakukan ape2? ish..kalo ampa cam 2..alamatnya.. anda adalah ORANG2 YANG PALING RUGI!




satu lagi... niat adalah perkara b\pertama yang menentukan perlakuan kita dapat pahala atau x...mmg bgoih laa kita niat nak diet time bulan posa ni, niat nak jimat duit time ni..but! remember! kalo itu yang ampa niatkan, ampa akan dapat 2 saja..
xdapatlah ampa pahala berganda di bulan posa! xke rugi namanya! so! please, set mind balik, pegang hati tarik nafas, dan perbetul niat anda kembali!


aku puasa pada bulan ramadan ni hanya untuk mencari redo ALLAh ! insyaallah, puasa anda mabrur (asal anda kurangkan maksiat disamping jaga puasa itu!)
isikanlah waktu ramadan anda sepadat habis untuk kejar nikmat RAMADAN itu! ^^
waallahualam~~

2 comments: