Saturday, September 28

harga permata

assalamualaikum
aku bukan orang yang pandai berkata-kata
bermadah sesedap manisan untuk menjaga hati kau
oleh sebab itu, aku sedang tekun berusaha
untuk berdiam diri dari menghasilkan
racun berduri dari mulutku
yang aku tahu pasti akan membuat persahabatan kita terjejas
dan dengan kaedah inilah ingin aku menegur dirimu
kerana kau amat berharga bagi aku
maka dengan itu, dengarlah wahai sahabat
diri mu sebagai seorang wanita,
persis mutiara di laut dalam
yang nilainya tak terhitung kerana berharganya dirimu
oleh itu, jagalah, peliharalah hatimu
kawal jiwamu perasaanmu
agar tak dikelar oleh pisau sang lelaki
suka tak bermakna cinta, dan cinta tak bermakna jodoh
jagalah seluruh ragamu untuk sang pangeran yang halal bagimu
aku tidaklah sempurna untuk menegur dirimu
kerna aku jauh lebih banyak nak diperbetulkan berbanding dirimu
namun, itu sajalah nasihat aku untukmu
biarlah aku luahkan disini,
agar kau tak terguris dengan racun berbisa mulutku.
sungguh,
aku hargai dirimu!

No comments:

Post a Comment