Monday, September 30

nikmat firdaus

NIKMAT FIRDAUS
Daripada Abdullah ibn Abbas r.a. Nabi s.a.w. bersabda: " Dua nikmat yang ramai manusia sering dilupakan oleh manusia: Nikmat kesihatan dan masa lapang."
(HR Bukhari)
                       
firdaus seorang yang sangat berjaya dalam hidupnya. dia seorang usahawan yang berjaya, banyak mendapat projek dalam bisnesnya. dia juga seorang yang kuat ibadahnya. sering menghadiri jemmah di masjid, sering bersedekah dan menolong orang yang susah. namun, dia lupa untuk bersyukur pada ALLAH swt atas nikmat yang diberi kepadanya - kesihatan dan masa lapang.

setiap hari firdaus akan merungut kepada pekerjanya bahawa dia tidak mempunyai cukup masa untuk melakukan apa-apa aktiviti sepanjang hari, baginya, masanya banyak dihabiskan untuk memajukan perniagaannya sahaja. namun, disebalik kesibukkannya, firdaus mempunyai masa lapang yang banyak sangat pada waktu petang dan malam. Dia banyak menghabiskan masanya dengan tidur sahaja. dia tidak pernah sedar akan nikmat masa lapang yang ALLAH kurniakan padanya untuk melakukan aktiviti yang berfaedah dan dimuliakan ilahi.

pada masa yang sama, firdaus selalu terlupa untuk bersyukur kerana diberikan nikmat kesihatan kepadanya untuk membolehkannya melakukan aktiviti harian dengan sempurna. sehingga pada suatu hari, sedang dia bergegas hendak menghadiri mesyuarat untuk projek bisnes yang terbaru, tiba-tiba dia dilanggar oleh sebuah motosikal. dia telah mengalami kecederaan yang menyebabkan dia terpaksa ditahan di wad hospital untuk beberapa hari.

ibunya datang melawat anaknya yang sakit di hospital. apabila masuk ke dalam bilik firdaus, ibunya hanya tersenyum melihat anaknya terlantar lemah di atas katil. firduas berasa pelik, kenapa seorang ibu tidak risau akan kecelakaan yang dihadapi oleh anak nya malah masih tersenyum senang, lalu ibu nya menasihatinya, hadis rasullah saw : ada dua nikmat yang sering manusia lupa, iaitu nikmat masa lapang dan nikmat kesihatan.


firdaus mendengar nasihat ibunya dan insaf, selama ini dia tak pernah bersyukur atas dua nikmat yang sering ALLAH kurniakan padanya, malah dia merungut atas nikmat yang diberikan itu. pada malam itu, firdaus telah bangun untuk solat taubat untuk memohon maaf atas kelekaannya selama ini.

komen-komen..
ni ntok projek media kreatif aku.. ade sebarang cdgn alu-alukan.. :)

1 comment: