Sunday, May 31

kandas

Dan aku teringin nak menulis setelah sekian lama menghilang.
Assalamualaikum. ..
Soalan pertama?
Dimanakah aku menghilang?
Pada awalnya aku terkandas dalam dunia mimpi. Pantang. Balik kelas, yraining batal, kelas batal, ade je kekosongan dlm masa aku berlari ke alam mimpi. Untuk bermain disana. Disana yang tidak realiti. Selepas satu masa, aku terkandas pula dalam rimba pelajaran. Yang memerlukan aku untuk menonjolkan segala bakat yang diperlukan oleh seorang pelajar untuk menyiapkan tugasan yang berombak datang padaku. Membaca, menulis, mereka, memerah otak, meniru, meneroka, semua itu perlu untuk aku meneruskan perjalanan aku sebagai seorang pelajar. Kemudian, aku secara tak sengaja menjebakkan diri dalam bidang yang tak pernah ku sangka-kesukarelawan. Aku masih setahun jagung dalam bidang ini, dan masih menuntut ilmu. Dan aku bertekad dari situ, aku akan keluar, meninggalkan alam mimpiku agar dapat aku mengejar realiti. Kurang sudah masaku untuk tidur, pendek juga masa aku untuk bermain. Oleh aku aku perlu hargai masa. Demi menjadi sorang pelajar yang berjiwa kental, berdedikasi, bertanggungjawab.
Dan sekarang aku baru habis menyaipkan tugasan yang diamanahkan.dan mahu ku merehatkan anggota yang penat bekerja. Tanpa henti.
Good night.


No comments:

Post a Comment